Tahun-tahun pelarian Lord_Voldemort

Voldemort menggunakan sisa-sisa hidupnya di dalam hutan. Kuasa yang tertinggal hanyalah keupayaan untuk menumpang tubuh lain dan lazimnya dia menggunakan ular. Tubuh haiwan menyukarkannya untuk melakukan sihir.

Kemudian, awal 1990-an, Profesor Quirrell, guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam di Hogwarts telah menemui Voldemort di hutan Transylvania. Quirrell menjadi hamba Raja Kuasa Jahat itu dan membenarkan Voldemort menggunakannya. Dia kembali ke London untuk mencuri Batu Hikmat yang akan memungkinkan Voldemort memperolehi kuasa semula. Setelah mengetahui bahawa batu itu telah dipindahkan dari Gringotts ke Hogwarts, Voldemort/Quirrell mencari jalan untuk melepasi halangan sebelum mendapatkan batu itu. Walau bagaimanapun, Harry yang baru bersekolah di Hogwarts telah berjaya menghalangnya daripada mendapatkan batu itu.

Tom Riddle mendedahkan identitinya sebagai Voldemort dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets.

Voldemort kembali ke persembunyian, marah dengan Death Eater yang mengabaikannya dan malu dikalahkan oleh kanak-kanak yang baru 11 tahun. Dia kekal dalam persembunyian selama 2 tahun di Albania. Dalam pada itu, Death Eater Lucius Malfoy telah menghantar salah satu Horcrux – diari yang disimpan ketika Tom Riddle masih muda – ke Hogwarts dengan meletakkannya secara senyap-senyap ke dalam barangan kepunyaan Ginny Weasley. Dengan muslihat jahat diari itu, memori Riddle berjaya mempergunakan Ginny untuk membuka sekali lagi Bilik Rahsia dan hampir membunuh sebilangan pelajar. Riddle cuba mengambil kuasa Ginny untuk membolehkannya keluar dari buku itu. Walau bagaimanapun, Harry mengalahkannya sekali lagi. Tanpa disedari, salah satu Horcrux Voldemort telah termusnah.

Mujr bagi Voldemort, beberapa kejadian telah membawa Peter Pettigrew, iaitu orang yang mengkhianati ibu bapa Harry mencari Voldemort. Ketika mencari tuannya itu, dia menculik pekerja kementerian, Bertha Jorkins, yang daripadanya Voldemort menemui cara untuk memulihkan badannya. Kemudiannya, dia menggunakan satu ritual lama Ilmu Hitam untuk membolehkannya mencipta tubuh sepertimana sebelum dia terkena sumpahan. Darah Harry menjadi salah satu proses kelahiran semula itu menjadikan Voldemort terselamat daripada kesan yang sama ketika dia cuba untuk membunuh Harry dulu. Ramai peminat siri ini yang percaya bahawa inilah permulaan bagi kejatuhan Voldemort; apabila Harry memberitahu Dumbledore bagaimana Voldemort mengalihkan sumpahan perlindungan itu daripada Harry. Selepas dilahirkan semula, Voldemort memanggil semula Death Eater dan cuba untuk mebunuh Harry — tetapi Harry berjaya melepaskan diri.